TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UMNO tegaskan kesediaan bina Kolaborasi Agung bagi elak pertembungan sesama Melayu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 September – UMNO mengulangi kesediaan untuk membina persefahaman politik menerusi gagasan Kolaborasi Agung bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan dalam kalangan parti politik Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa konsep persefahaman berkenaan bukanlah satu penggabungan parti, sebaliknya ikhtiar mencari titik temu berteraskan kepentingan umum.

Beliau gariskan tiga asas utama kerjasama merangkumi keutamaan persamaan maslahah, penghormatan terhadap perbezaan ideologi serta amalan toleransi dalam membuat keputusan.

Tegasan terbabit disampaikan oleh beliau sewaktu menyampaikan ucapan dasar bersempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid memberi amaran keras bahawa sebarang bentuk kerjasama politik tidak akan berhasil sekiranya wujud unsur pengkhianatan atau perlanggaran janji antara rakan kongsi.

Beliau menyeru agar semua pihak mengambil iktibar daripada Perjanjian Hudaibiyah supaya kemenangan politik digunakan untuk menyatukan rakyat dan bukannya bagi tujuan membalas dendam.

Presiden UMNO itu turut menegaskan hasrat parti untuk menjadi induk kekuatan politik Melayu yang inklusif tanpa menimbulkan ketakutan atau ancaman kepada kaum dan agama lain.

+ - reset