Berita Berita
Hishammuddin, KJ puji ucapan dasar Presiden UMNO di PAU 2026
KUALA LUMPUR, 11 September – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn menegaskan bahawa survival serta masa depan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini bergantung sepenuhnya kepada keupayaan kepimpinan semasa untuk mengemudikan semula parti ke arah kegemilangan.
Beliau mengingatkan bahawa perjalanan sesebuah parti politik sentiasa berdepan fasa naik turun, justeru setiap pemimpin dituntut melaksanakan amanah secara jujur serta istiqamah.
Kenyataan terbabit disuarakan oleh beliau ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Hishammuddin turut memuji amanat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai antara ucapan dasar terbaik yang berupaya meletakkan parti di landasan yang betul sekiranya dihayati dengan baik.
Dalam perkembangan sama, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merumuskan ucapan dasar berkenaan secara jelas memperlihatkan bayangan hala tuju parti mendepani pilihan raya akan datang.
Khairy menyifatkan amanat terbabit mencerminkan aspirasi seorang bakal Perdana Menteri serta manifestsasi sebuah gabungan yang bersiap sedia untuk kembali menerajui kerajaan.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 5:32 pm
30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak, ada yang jadi PATI, scam rakyat sendiri
September 11, 2026, 5:16 pm
Penceramah bebas, Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
September 11, 2026, 4:53 pm
Fadhlina nafi semua murid wajib dapat TP3, penilaian perlu ikut penguasaan, bukti pembelajaran setiap murid
September 11, 2026, 4:19 pm
PRN Melaka: Ab Rauf beri rakyat pilih siapa bakal jadi 'rakan' BN
September 11, 2026, 4:05 pm
Kehadiran pimpinan PAS ke PAU 2026 pelengkap kerjasama politik penyatuan ummah
September 11, 2026, 3:58 pm
Selangor umum 26 Oktober cuti gantian sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin
September 11, 2026, 3:52 pm
Kerajaan setuju tambah nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras semangat MA63
September 11, 2026, 3:46 pm
Asyraf Wajdi tegaskan UMNO tidak gentar pertahankan penyatuan ummah bersama PAS
September 11, 2026, 3:35 pm
