TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 15 tahun tinggal bersama keluarga ditemui maut dipercayai jatuh dari tingkat 9 pangsapuri di Putrajaya

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 13 Sept - Seorang remaja perempuan maut dipercayai selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan remaja berusia 15 tahun itu pada 10.33 malam.

"Siasatan awal pihak polis mendapati perempuan berumur 15 tahun dijumpai terbaring dipercayai jatuh dari tempat tinggi.

"Mangsa tinggal bersama-sama keluarga di tingkat sembilan pangsapuri itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.

"Bedah siasat akan dilakukan hari ini dan siasatan diklasifikasi sebagai mati mengejut manakala punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

+ - reset