Berita Berita
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol dibawa pulang hari ini
MIRI 13 Sept - Jenazah Dr Ainul Baraah Kamaruddindan juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, dua daripada lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing hari ini.
Selesai urusan di Jabatan Forensik Hospital Miri yang bermula 4 pagi, kedua-dua jenazah dibawa ke Masjid Jamal Ad-Din, Taman Jelita, Taman Tunku di sini untuk disembahyangkan.
Solat jenazah yang diadakan selepas solat Subuh itu diimamkan Imam Bahagian Miri Ustaz Mohamad Ardy Putera Zainudin dan disertai lebih 300 jemaah termasuk ahli keluarga kedua-dua mangsa.
Bapa Kapten Zainol, Bee Sham Ahmad dan bapa Dr Ainul, Kamarudin Salleh, dalam ucapan selepas solat jenazah, merakamkan penghargaan kepada jemaah yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada anak mereka.
Kedua-duanya turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan anak masing-masing, namun reda dengan ketentuan Ilahi.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Jamal Ad-Din Bujang Julaihi berkata ini merupakan kali pertama jemaah masjid berkesempatan menunaikan solat jenazah bagi dua insan yang disifatkan wira kerana khidmat dan pengorbanan mereka kepada masyarakat Sarawak
"Mereka akan dirindui di Miri, khususnya oleh penduduk di Ulu Baram yang menerima khidmat mereka," katanya.
Jemaah kemudian memberikan penghormatan terakhir sebelum kedua-dua jenazah dibawa ke Lapangan Terbang Miri pada 6.15 pagi.
Jenazah Dr Ainul dijadual diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8.30 pagi untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kelantan
Jenazah Kapten Zainol pula dijadual diterbangkan menerusi perkhidmatan MASkargo dengan penerbangan Malaysia Airlines pada 12.10 tengah hari.
Tiga lagi mangsa ialah jururawat Debra Moset dan Jessie Paya Jok serta penolong pegawai perubatan Alexson Adit Henry.
Mengikut jadual pengurusan jenazah hari ini, jasad Debra dituntut pada 6.15 pagi sebelum dijadual diterbangkan ke Kuching menggunakan perkhidmatan Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd pada 9 pagi.
Jasad Alexson pula dijadual dituntut pada 8 pagi, manakala jenazah Jessie pada 12.30 tengah hari. - Bernama
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
