Berita Berita
Jatuh semula ke laut ketika panjat tangga bot, wanita warga India lemas di Pulau Tioman
KUANTAN 13 Sept - Seorang wanita warga India ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika menyertai aktiviti selam skuba di kawasan perairan Renggis, Pulau Tioman, Rompin hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Tekek mengenai kejadian lemas melibatkan mangsa, Sabiya Shiek, 65, kira-kira 10 pagi tadi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah menjalankan aktiviti discovery scuba diving bersama enam ahli keluarga, dua jurulatih dan seorang divemaster.
“Selepas aktiviti itu mangsa telah memberitahu jurulatih untuk balik ke bot dan kemudiannya dihantar ke bot.
“Bagaimanapun, setelah anak mangsa membantunya menanggalkan peralatan selaman dan Sabiya hendak memanjat tangga bot, wanita itu dipercayai telah tergelincir sebelum jatuh semula ke dalam laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata usaha mencari telah dilakukan oleh jurulatih sebelum mangsa ditemukan kira-kira 15 minit selepas itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdampar di dasar berpasir tidak jauh dari kawasan selaman.
Mangsa seterusnya dibawa ke Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Sharif Shai berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Berita berkaitan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
