Berita Berita
Selepas hampir 50 tahun, KKM semak kontrak helikopter, elaun RM30 petugas FDS
GEORGETOWN 13 Sept - Semua kontrak berkaitan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), termasuk penggunaan helikopter serta bayaran elaun RM30 kepada petugas bagi setiap perjalanan akan dinilai semula susulan nahas maut di Long Lellang, Sarawak, Selasa lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab berkata, semakan itu dibuat selaras arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad susulan tragedi yang mengorbankan lima individu termasuk empat kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang.
"Sebagaimana yang kita sebutkan dalam sidang media oleh menteri, kita akan menilai semula semua kontrak yang berkaitan dengannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Trauma Malaysia (MTC) 2026, di sini, hari ini.
Menurut Dr Mahathar, kontrak berkaitan penggunaan helikopter bagi perkhidmatan berkenaan turut termasuk dalam penilaian yang akan dilaksanakan KKM.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa helikopter yang terbabit dalam nahas berkenaan sudah lama digunakan.
Katanya, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Dr Mahathar turut mengesahkan petugas FDS menerima bayaran elaun sebanyak RM30 bagi setiap perjalanan.
Menurutnya, kadar elaun berkenaan juga akan dinilai semula sebagai sebahagian daripada semakan yang dilakukan kementerian.
Sebelum ini, media melaporkan KKM memutuskan untuk menangguhkan sementara semua operasi FDS bagi membolehkan siasatan serta semakan terhadap mekanisme keselamatan dan operasi dilakukan pihak berkaitan.
Bagaimanapun, perkhidmatan Pemindahan Perubatan (MEDEVAC) bagi kes kecemasan akan terus dilaksanakan menerusi kerjasama antara KKM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Dzulkefly sebelum ini turut memaklumkan KKM akan mengadakan perbincangan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meneroka kemungkinan penggunaan aset ketenteraan untuk membantu memindahkan pesakit.
Langkah itu bagi memastikan pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dapat dipindahkan ke fasiliti kesihatan yang bersesuaian.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
