TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat video lelaki sepak anak perempuan hingga tersembam di kedai makan di Kelantan

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 13 Sept - Tindakan seorang lelaki menyepak seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan terkenal di Telipot di sini, mencetuskan siasatan polis selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 10.24 malam tadi berhubung rakaman video yang tular menerusi aplikasi Threads.

“Video menunjukkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.

“Polis dalam tindakan mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Azmir, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian yang disediakan pihak polis.

+ - reset