Berita Berita
Bakal guru perlu fahami hala tuju pendidikan negara sejak di IPG – Fadhlina
KUALA LIPIS 13 Sept – Bakal guru perlu didedahkan dengan hala tuju dan perubahan sistem pendidikan negara sejak berada di Institut Pendidikan Guru (IPG), sebelum mereka melangkah ke bilik darjah sebagai pendidik.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan generasi pendidik baharu memahami Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dan bersedia menterjemahkannya dalam proses pengajaran serta pembelajaran kelak.
Menurutnya, sebarang perancangan pendidikan yang dirangka di peringkat kementerian akhirnya bergantung kepada guru untuk dilaksanakan secara berkesan di sekolah.
“Saya selalu percaya, apa pun rancangan yang kita tulis di Putrajaya akhirnya akan hidup atau mati di dalam bilik darjah, di tangan guru yang berdiri di hadapan anak-anak kita.
“Sebab itu generasi pendidik baharu tidak boleh hanya mengenali RPM apabila mereka sudah berada di sekolah. Mereka perlu memahami dari awal ke mana pendidikan negara sedang bergerak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas bertemu bakal-bakal guru menerusi program TEKAD Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, hari ini.
Fadhlina berkata, meskipun kumpulan berkenaan masih menjalani latihan dan memantapkan aspek pedagogi, mereka bakal memainkan peranan penting dalam menjayakan perubahan pendidikan negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Katanya, bakal pendidik itu kelak menjadi individu yang bertanggungjawab menterjemahkan rancangan dan dasar pendidikan kepada pengalaman sebenar murid di dalam bilik darjah.
“Hari ini mereka masih sedang belajar memantapkan pedagogi. Beberapa tahun lagi, merekalah yang akan berada di hadapan kelas dan mengubah sebuah rancangan pendidikan menjadi pengalaman sebenar seorang anak.
“Selamat datang ke perjalanan ini, bakal guru semua. Kita ada banyak kerja untuk dibuat bersama,” katanya.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
‘Kenapa Zahid tidak berani?’ – Guan Eng cabar UMNO keluar kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 11:38 am
Isu tadbir urus: FGV lantik juruaudit bebas, anak syarikat FELDA turut diperiksa
September 14, 2026, 9:45 am
Jamil Khir hadap tiga pertuduhan babit pelupusan aset TH lebih RM860 juta
September 14, 2026, 9:12 am
Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha 'Amazon' di Empangan Klau
September 13, 2026, 10:04 pm
