Berita Berita
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
BAGAN SERAI 15 Sept – Empat warga asing dipercayai etnik Rohingya ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes kecurian dan pecah rumah di daerah Kerian serta Manjung.
Dua lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 24 tahun itu diberkas dalam serbuan di Ayer Tawar, Manjung kira-kira pukul 3.30 pagi pada 13 September lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Wan Abdullah Wan Said berkata, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan kumpulan berkenaan.
Antara yang dirampas ialah barang kemas, telefon bimbit, komputer riba, beg, papan nombor pendaftaran kenderaan serta dua buah kenderaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan empat kes, masing-masing dua kes di Kerian dan dua lagi di Manjung.
“Kumpulan ini dipercayai menggunakan modus operandi dengan mendekati mangsa menggunakan alasan tertentu sebelum melakukan kecurian di kediaman mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Abdullah berkata, polis kini sedang mengesan dua lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Muhammad Aidil Ashraff Azman di talian 014-237 3103 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
September 20, 2026, 8:06 pm
Anwar akan jumpa Loke bincang peletakan jawatan
September 20, 2026, 4:17 pm
‘Sepatutnya Zahid yang letak jawatan, bukan Anthony Loke’ - DAP Johor
September 20, 2026, 2:55 pm
Port Dickson masuk kategori tidak sihat, Lembah Klang catat peningkatan bacaan IPU
September 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki maut tersepit dalam kereta terbabit nahas di Sibu
September 20, 2026, 11:57 am
'Senang boleh cari kerja untuk diri, anak-anak sekali' – MYFutureJobs jadi tumpuan di Festival Mega iLINDUNGu
September 20, 2026, 2:30 am
