Berita Berita
KTMB sediakan empat perkhidmatan ETS tambahan KL Sentral-JB Sentral setiap hujung minggu hingga Disember
KUALA LUMPUR, 25 Sept. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral pada setiap hujung minggu sehingga 27 Disember depan.
Inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi menampung peningkatan permintaan penumpang yang kian melonjak bagi laluan di sektor selatan tanah air.
KTMB menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi pada setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad sepanjang tempoh 50 hari.
Pengendali rel berkenaan menawarkan sebanyak 63,200 tempat duduk tambahan dengan penjualan tiket telah mula dibuka kepada orang ramai sejak 7 September lalu.
Empat perjalanan tambahan yang disediakan merangkumi perkhidmatan EX9572 dari JB Sentral pada jam 7 pagi dan EX9578 pada jam 5.30 petang menuju ke KL Sentral.
Bagi laluan sebaliknya, perkhidmatan EX9573 dari KL Sentral dijadualkan berlepas pada jam 9.05 pagi manakala EX9575 berlepas pada jam 11.55 pagi menuju ke JB Sentral.
Pihak KTMB mengesahkan bahawa jualan tiket bagi perkhidmatan ETS tambahan berkenaan telah mencapai 46 peratus daripada kapasiti yang ditawarkan setakat ini.
Dengan penambahan jadual perjalanan baharu itu, sebanyak 12 perkhidmatan ETS kini beroperasi bagi laluan KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral merangkumi lapan perkhidmatan sedia ada.
Penambahan berkenaan sekali gus menjadikan keseluruhan kapasiti tempat duduk bagi laluan sektor selatan pada hujung minggu mencecah 189,600 tempat duduk.
Dalam perkembangan berkaitan, KTMB turut menyediakan lapan perkhidmatan EMUPlus tambahan bermula 25 hingga 27 September bagi memberi pilihan stesen pelepasan alternatif seperti Bandar Tasek Selatan dan Klang ke Ipoh.
Perkhidmatan EMUPlus berkenaan menawarkan sejumlah 2,448 tempat duduk bagi laluan Bandar Tasek Selatan-Ipoh-Klang serta Klang-Ipoh-Bandar Tasek Selatan dengan jualan tiket telah dibuka sejak 22 September lalu.
Penyediaan perkhidmatan ETS dan EMUPlus tambahan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KTMB mempertingkat kapasiti pengangkutan awam selari dengan aspirasi Road to Rail.
KTMB memberi jaminan akan terus memantau pola permintaan semasa serta kadar jualan tiket bagi membuat pelarasan kapasiti perkhidmatan dari semasa ke semasa mengikut keperluan penumpang.
Pengguna dinasihatkan membuat perancangan perjalanan dan pembelian tiket secara awal menerusi aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTMB, mahupun kiosk tiket di stesen-stesen terpilih.
Berita berkaitan
September 25, 2026, 11:03 pm
Tegur mabuk dan buat bising, anggota polis dibelasah warga Myanmar hingga cedera di kepala, badan
September 25, 2026, 10:40 pm
Malaysia tak boleh tanggung sendirian, dunia digesa kongsi beban pelarian Rohingya - Tok Mat
September 25, 2026, 7:20 pm
Penantian 36 tahun berakhir: Anwar ucap tahniah skuad sepak takraw rangkul emas Sukan Asia
September 25, 2026, 7:04 pm
Anggota tentera maut kemalangan di Lebuh Meru Raya selepas menghadiri program Qiamulail
September 25, 2026, 6:01 pm
Saravanan, isteri dan 3 anak diberi tempoh 30 hari isytihar harta - SPRM
September 25, 2026, 3:16 pm
Aminuddin desak Ismail kemuka fakta khusus dakwaan kesalahan pentadbiran lalu cetus krisis adat Negeri Sembilan
September 25, 2026, 3:11 pm
Penggantungan aktiviti PN tidak jejas persiapan BN hadapi PRN Melaka - Saravanan
September 25, 2026, 2:58 pm
Dua pelajar didakwa tekap dada rakan guna seterika hingga cedera di tahfiz
September 25, 2026, 2:54 pm
SMKA Jempol jadi sekolah agama TVET pertama negara, dibina dengan kos RM98 juta
September 25, 2026, 2:44 pm
