TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suami isteri berdepan detik cemas, lori terjunam ke kawasan tanah runtuh 

By
|
Kongsi
image

HULU TERENGGANU, 25 Sept. – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas lori yang dinaiki mereka meluncur lalu terjunam ke dalam kawasan tanah runtuh di Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris berhampiran Pusat Pemuliharaan Gajah Sungai Deka semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab memaklumkan bahawa lori yang membawa muatan bakul buah kosong berkenaan dipandu oleh seorang lelaki berusia 57 tahun bersama isterinya yang berusia 55 tahun.

Menurut Sharudin, ketika kejadian berlaku, pasangan berkenaan sedang dalam perjalanan dari kediaman mereka di Pekan Ajil menuju ke Kuala Krai, Kelantan bagi mengambil bekalan buah-buahan.

Setibanya di lokasi kejadian kira-kira jam 3.40 petang, pemandu terbabit bertindak memberhentikan kenderaan dan keluar bersama isterinya untuk meninjau keadaan laluan sebelum cuba merentas kawasan tanah runtuh berkenaan.

Walau bagaimanapun, lori berkenaan secara tiba-tiba meluncur ke hadapan dan jatuh ke dalam kawasan tanah runtuh sewaktu kedua-dua mereka berada di luar kenderaan akibat kegagalan sistem brek.

Sharudin menjelaskan bahawa lokasi insiden merupakan laluan Persekutuan dua lorong dua hala yang sebenarnya telah diwartakan tutup kepada semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh terdahulu.

Pihak polis mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal dilaporkan melibat pemandu mahupun penumpang dalam insiden terbabit memandangkan kedua-duanya sempat melangkah keluar dari kenderaan.

Kejadian berkenaan bagaimanapun mengakibatkan kerosakan parah pada bahagian hadapan lori yang remuk, selain merosakkan bahagian belakang kenderaan serta struktur pagar penghadang jalan.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kes berkenaan kini disiasat secara terperinci di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

+ - reset