TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PGIRM minta kerajaan jawab cadangan pengeluaran KWSP bersasar bagi pencarum terdesak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 30 Sept. – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sasaran meningkatkan bilangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai Simpanan Asas RM390,000 menjelang 2030.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir menegaskan bahawa pertubuhan berkenaan memahami kepentingan memastikan rakyat mempunyai kecukupan simpanan untuk menghadapi tempoh persaraan yang panjang.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kenyataan Perdana Menteri itu bukanlah jawapan rasmi khusus kepada Kertas Dasar KWSP Bersasar yang diserahkan kepada kerajaan pada 11 September lalu.

Menurut beliau, kertas dasar yang dikemukakan PGIRM membawa persoalan terperinci berhubung mekanisme akses terkawal kepada sebahagian simpanan bagi pencarum yang mendepani tekanan kewangan mendesak.

Cadangan terbabit mengandungi empat prinsip utama iaitu pelaksanaan secara bersasar, bersyarat, terhad, serta terkawal bagi mengelakkan sebarang pengeluaran bebas tanpa kawalan.

PGIRM menegaskan bahawa usul berkenaan bukanlah tuntutan untuk memberikan kebebasan pengeluaran secara menyeluruh kepada semua pencarum.

Sebaliknya, kerajaan diminta menilai satu mekanisme yang dilengkapi syarat kelayakan, had jumlah, dan kawalan jelas khas bagi pencarum dalam situasi terdesak.

Azmi turut menarik perhatian kepada kenyataan Perdana Menteri yang mengakui realiti isi rumah yang perlu mengutamakan keperluan asas seperti makanan, sewaan, dan pendidikan sebelum memikirkan simpanan persaraan.

Beliau berpendapat bahawa pengakuan berkenaan membuktikan keperluan untuk mengimbangi antara kecukupan simpanan jangka panjang dengan tekanan kewangan semasa rakyat.

PGIRM menggesa kerajaan agar memproses dan menilai kertas dasar terbabit berdasarkan analisis data serta mekanisme cadangan, dan bukannya bersandarkan persepsi semata-mata.

Pertubuhan berkenaan yang sudah lima tahun menyuarakan isu pencarum kini menantikan maklum balas serta keputusan rasmi berasaskan dasar daripada kerajaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset