Berita Berita
Selepas 1,476 dihantar pulang semalam, 3,524 lagi warga Myanmar menyusul - Fahmi
PUTRAJAYA 30 Sept - Selepas 1,476 warga Myanmar dihantar pulang semalam, seramai 3,524 lagi sudah dikenal pasti untuk dihantar ke negara asal menerusi fasa kedua program penghantaran pulang secara sukarela.
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, jumlah berkenaan sudah dipersetujui bersama pihak Myanmar, namun pelaksanaannya masih menunggu beberapa perkara termasuk tarikh dan nota diplomatik daripada negara berkenaan.
Menurutnya, kerajaan menjangkakan maklumat lanjut mengenai kumpulan kedua itu diterima selepas proses penghantaran pulang fasa pertama selesai dilaksanakan.
“Jumlah itu telah dipersetujui bersama pihak Myanmar akan dihantar pulang pada peringkat seterusnya. Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pihak Myanmar dalam masa terdekat supaya lebih ramai pelarian Myanmar di Malaysia dapat diterima pulang ke negera itu selepas proses penghantaran kedua selesai,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.
Semalam, seramai 1,476 warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal dalam fasa pertama program berkenaan.
Penghantaran pulang seterusnya tertakluk kepada proses pengenalpastian, dokumentasi dan verifikasi bersama pihak Myanmar sebelum operasi dapat dilaksanakan.
Dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata, kerajaan Nepal bersetuju membantu mempercepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikenal pasti susulan bencana banjir kilat yang melanda negara itu.
Persetujuan itu dimaklumkan Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perbualan telefon mereka.
“Perdana Menteri Nepal telah memaklumkan persetujuan untuk membantu mempercepat proses pengesahan status bagi 55 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dikesan akibat daripada kejadian yang berlaku di Nepal.
“Perdana Menteri telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar meneruskan perbincangan dengan pihak Nepal bagi mempercepat proses pengesahan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan Nepal dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah perundangan bagi menangani kes individu termasuk warga asing yang status mereka masih belum dapat dipastikan susulan bencana alam yang melanda negara itu.
Wisma Putra sebelum ini memaklumkan sebarang langkah berkenaan masih tertakluk kepada proses perundangan domestik Nepal dan belum berkuat kuasa.
Berita berkaitan
September 30, 2026, 11:31 pm
Sarjan Mejar didakwa terima suapan RM2,400 jadi orang dalam ‘bocor’ maklumat serbuan polis
September 30, 2026, 11:20 pm
Tiga hari hilang dalam hutan di Tanjung Tualang, lelaki OKU ditemui selepas melambai minta bantuan
September 30, 2026, 9:08 pm
Ayob Khan, Mohd Shuhaily bergabung terajui Jawatankuasa Integriti FAM
September 30, 2026, 7:30 pm
Air naik cepat sangat, bomba guna bot selamatkan 37 kanak-kanak dan tujuh guru di JB
September 30, 2026, 6:40 pm
5,000 pelarian Myanmar dihantar pulang berperingkat, Anwar jamin kepentingan rakyat diutamakan
September 30, 2026, 6:12 pm
UITM Holdings rugi RM157 juta, DAPSY desak KPT gantung tugas individu terlibat
September 30, 2026, 5:19 pm
