TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bukan 'selfie', tapi panggilan video dari ibu untuk tenangkan Tun M - Lelaki jelaskan situasi sebenar video tular

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Sept - Media Telus memohon maaf berhubung satu hantaran yang diterbitkan sebelum ini berkaitan video tular mengaitkan seorang individu yang didakwa sedang mengambil ‘selfie’ bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Media Telus dalam penjelasannya memaklumkan hantaran berkenaan telah diturunkan selepas menerima penjelasan daripada wakil individu terbabit mengenai situasi sebenar ketika video itu dirakam.

Berdasarkan penjelasan yang diterima, individu berkenaan sebenarnya sedang melakukan panggilan video bersama ibunya dengan Tun Dr Mahathir bagi menenangkan bekas Perdana Menteri itu ketika berdepan detik kehilangan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pihak terbabit turut memaklumkan bahawa mereka mempunyai rekod panggilan berkenaan bagi menjelaskan konteks sebenar kejadian.

Sehubungan itu, Media Telus mengakui berlaku kekeliruan dalam hantaran terdahulu dan mengambil keputusan menarik balik kandungan berkenaan.

Media Telus turut memohon maaf kepada individu terbabit dan keluarganya serta mana-mana pihak yang terkesan akibat kekeliruan yang timbul daripada penerbitan tersebut.

Media Telus mengambil maklum perkara itu dan akan memastikan proses semakan serta pengesahan fakta dipertingkatkan sebelum sesuatu kandungan diterbitkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Media Telus sekali lagi memohon maaf atas kekeliruan dan kesulitan yang berlaku.

+ - reset