TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD Seal masih dirawat di hospital swasta

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 13 Okt. – Pemandu kenderaan elektrik jenis BYD Seal yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Kuching masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan bahawa pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan selain memantau rapi keadaan pemandu terbabit.

Kertas siasatan berhubung insiden berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung tindakan undang-undang.

Keluarga mangsa, Asiah Ahmad Syahir, 5, mengesahkan menyerahkan sepenuhnya kepada proses siasatan rasmi sebelum membuat sebarang tindakan susulan bagi menuntut keadilan.

Siasatan awal mendapati kenderaan Perodua Bezza yang dinaiki mangsa bersama keluarganya dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan berkenaan sebelum berpusing dan melanggar tiga kenderaan lain.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

+ - reset