Berita Berita
Lelaki terbabit ritual agama bukan Islam ditahan bersama ibu, 14 individu lagi akan dipanggil
SHAH ALAM 13 Okt – Seorang lelaki beragama Islam berusia 21 tahun yang disyaki melakukan ritual agama lain ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves ditahan bersama ibunya, 52, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan penahanan kedua-dua individu itu dilakukan di Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Menurutnya, penahanan dibuat susulan waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Shah Alam.
"Penahanan dibuat melalui waran tangkap bersaling (tindakan bersaling) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Shah Alam dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Kedua-dua Orang Yang Disyaki (OYDS) kini sedang disiasat oleh JAIS mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
"Berdasarkan risikan selepas kes membabitkan OYDS ini tular, JAIS juga dijangka akan memanggil sekurang-kurangnya 14 individu lain bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata, JAIS memandang serius kes berkenaan dan akan memastikan segala tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta berdasarkan fakta siasatan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan," katanya.
Terdahulu, JAIS memaklumkan pihaknya sedang menyiasat seorang individu beragama Islam yang disyaki melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum syarak selepas didakwa menyertai ritual agama lain ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Berita berkaitan
October 13, 2026, 9:40 pm
Polis siasat dakwaan pegawai kanan SPRM terima rasuah RM350,000
October 13, 2026, 8:34 pm
Jerebu: KPM tidak mahu sekolah ditutup terlalu lama, keselamatan murid tetap keutamaan
October 13, 2026, 4:40 pm
Anggota tentera maut tercampak dari jejambat di TBS, tak sempat sambut anak pertama
October 13, 2026, 4:05 pm
Jerebu: Sekolah di tiga negeri terus ditutup Rabu, beberapa daerah turut terjejas
October 13, 2026, 3:54 pm
Mohd Shuhaily pesan jangan mudah terima tawaran melancong percuma atau bawa barang orang lain
October 13, 2026, 3:40 pm
Selamba cekup kabel siang hari guna Mercedes-Benz, polis cekup 14 individu
October 13, 2026, 2:48 pm
Jangan 'peram' saman lama, DBKL tawar bayaran kompaun trafik serendah RM5
October 13, 2026, 2:30 pm
Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD Seal masih dirawat di hospital swasta
October 13, 2026, 2:22 pm
