TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jerebu: Sekolah di tiga negeri terus ditutup Rabu, beberapa daerah turut terjejas

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 13 Okt – Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kekal ditutup pada Rabu susulan keadaan jerebu yang masih melanda beberapa kawasan di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan turut melibatkan sekolah di beberapa daerah di Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, bagi Selangor, sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan Sepang tidak akan beroperasi secara bersemuka.

Di Pahang pula, penutupan hanya membabitkan sekolah di bawah PPD Kuantan, Pekan dan Rompin.

"Begitu juga sekolah di kawasan PPD Tawau, Sabah dan PPD Serian, Sri Aman serta Lubok Antu di Sarawak tidak dibuka.

"Sekolah di semua negeri dan daerah lain beroperasi seperti biasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Fadhlina berkata, sepanjang tempoh penutupan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas.

Beliau turut memaklumkan bahawa guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah yang terlibat dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan.

+ - reset