TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jangan 'peram' saman lama, DBKL tawar bayaran kompaun trafik serendah RM5

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 13 Okt - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pelaksanaan pengurangan terhadap kadar kompaun trafik di sekitar ibu kota berkuat kuasa serta-merta.

DBKL dalam kenyataannya hari ini, berkata pemilik kereta dan motosikal boleh menyelesaikan kompaun trafik DBKL pada kadar ditetapkan.

Kenyataan itu berkata, kadar RM5 dikenakan bagi setiap kompaun dikeluarkan sebelum 2021, manakala kompaun direkodkan selepas 2021, tawaran pengurangan ditetapkan sebanyak RM10.

Ia berkata, terdapat empat kaedah pembayaran disediakan iaitu menerusi kaunter bayaran DBKL, kaunter Pos Malaysia, aplikasi PAY@KL dan portal PBTPay:https://pbtpay.kpky.gov.my.

"Inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan pemilik kenderaan yang berhasrat mahu membersihkan rekod kesalahan lalu lintas," kata kenyataan itu.

+ - reset