TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut kereta dipandu rempuh lori kontena tepi jalan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 14 Okt. – Seorang lelaki berusia 20-an maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori kontena yang diparkir di tepi jalan berhampiran Perindustrian Alam Awana, Puncak Alam pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima berhubung insiden berkenaan pada pukul 8.14 pagi.

Seramai tujuh anggota bomba dari balai berdekatan digagaskan ke lokasi kejadian sebelum mengesan mangsa dalam keadaan tersepit serta tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

Petugas operasi menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum menyerahkannya kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM akibat kecederaan parah yang dialami.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pegawai bertugas bagi tindakan serta siasatan lanjut berhubung punca kemalangan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset