TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bapa bayar ikat jamin RM36,000 pemandu BYD didakwa langgar kanak-kanak lima tahun hingga maut di Jalan Kuching

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 15 Okt - Wang ikat jamin RM36,000 bagi pemandu kereta BYD yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, selesai dibayar pada Khamis.

Raeven Goh Wey Haur, 24, dilihat menundukkan wajah ketika keluar melalui pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL) sebelum menaiki kenderaan dengan diiringi peguam belanya, Kailash Sharma.

Difahamkan, wang ikat jamin berkenaan dibayar oleh bapanya yang bertindak sebagai penjamin kira-kira jam 11.30 pagi di Kaunter Pembayaran Jamin KMKL.

Kailash berkata, anak guamnya masih dalam proses pemulihan susulan kecederaan dialami dalam kemalangan berkenaan dan akan meneruskan rawatan di hospital.

Terdahulu, Raeven yang bekerja sebagai pegawai bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dia didakwa memandu kereta BYD Seal secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Segambut, pada jam 3.44 petang, 10 Oktober lalu.

+ - reset