TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 15 Okt - Kerajaan sudah melakukan sedaya upaya bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin memburuk di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil pendekatan terlalu lembut dalam menangani isu jerebu dengan Indonesia.

Khairy sebelum ini turut menggesa kerajaan mengambil pendirian lebih tegas berhubung isu berkenaan.

"Kita sudah buat sedaya mungkin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Residensi Mahasiswa Universiti Malaya (UM), di sini, hari ini.

 

+ - reset