Berita Berita
Penutupan sekolah kekal berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tindakan penutupan sekolah akibat jerebu perlu kekal berpandukan garis panduan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang telah ditetapkan di peringkat pusat.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 memerlukan semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan serta-merta bagi mengurangkan pendedahan murid kepada udara tidak sihat.
Tindakan penutupan pengoperasian sekolah hanya akan dilaksanakan secara rasmi sekabila bacaan IPU di sesuatu kawasan mencatatkan paras kritikal mencecah 200.
Fadhlina menjelaskan bahawa pengurusan krisis jerebu memerlukan kesimbangan antara perlindungan kesihatan murid dengan kelangsungan sesi pembelajaran harian bagi mengelakkan keciciran akademik.
Ibu bapa yang mempunyai anak berisiko tinggi atau menghidap masalah pernafasan seperti asma dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan membuat makluman rasmi kepada pihak pentadbiran sekolah.
KPM turut memantau perkembangan semasa secara berterusan dengan bekerjasama rapat bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 15, 2026, 7:54 pm
Ibu bapa bimbang kesihatan anak, KPM tangguh UASA minggu depan
October 15, 2026, 7:35 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
October 15, 2026, 5:45 pm
‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu
October 15, 2026, 5:35 pm
Baru ambil jubah konvokesyen, graduan UiTM tak sempat terima ijazah selepas maut nahas di Kuala Selangor
October 15, 2026, 5:16 pm
Bot karam gara-gara terlebih muatan, 13 kanak-kanak maut
October 15, 2026, 4:55 pm
