Berita Berita
Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguhkan
SHAH ALAM, 15 Okt. – Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) disahkan beroperasi seperti biasa esok walaupun berdepan isu kualiti udara semasa.
JPN Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan buat sementara waktu bagi mengelakkan murid terdedah kepada persekitaran berisiko.
Pihak pentadbiran turut menggalakkan semua murid yang hadir ke sekolah agar memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan sekolah.
Ibu bapa yang mempunyai kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan syarat membuat makluman rasmi kepada pihak pentadbiran.
Langkah kawalan terbaharu ini diambil sejajar dengan garis panduan keselamatan serta pengurusan risiko jerebu yang ditetapkan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 15, 2026, 7:54 pm
Ibu bapa bimbang kesihatan anak, KPM tangguh UASA minggu depan
October 15, 2026, 7:35 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
October 15, 2026, 5:45 pm
‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu
October 15, 2026, 5:35 pm
Baru ambil jubah konvokesyen, graduan UiTM tak sempat terima ijazah selepas maut nahas di Kuala Selangor
October 15, 2026, 5:16 pm
Bot karam gara-gara terlebih muatan, 13 kanak-kanak maut
October 15, 2026, 4:47 pm
