Berita Berita
“Go away, I dont want to see you” – Tular Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim depan orang ramai
SEREMBAN 16 Okt - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan kemurkaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim secara terbuka selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Pilah, hari ini.
Baginda turut enggan menerima menghadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu susulan dakwaan bahawa Ismail sebelum ini mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyatakan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat menegur Ismail dengan nada tegas ketika Menteri Besar itu berada di hadapan baginda.
“Hari ini dia datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya.
“Pergi. Saya tak mahu jumpa awak. Jangan jumpa saya, saya tak mahu tengok awak. Faham? Adakah saya ini Yang Dipertuan Besar atau tidak? Awak kata saya bukan,” titah baginda dalam bahasa Inggeris.
Dalam rakaman sama, Ismail yang mengenakan baju Melayu dilihat hanya mengangkat sembah ketika menerima teguran berkenaan tanpa memberikan sebarang reaksi balas yang jelas.
Suasana selepas kejadian turut menyaksikan jemaah masjid melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebagai tanda sokongan kepada baginda.
Insiden itu berlaku ketika pertikaian berhubung institusi diraja Negeri Sembilan yang tercetus sejak April lalu masih berlarutan.
Krisis berkenaan bermula apabila empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai Undang mengumumkan penyingkiran Tuanku Muhriz daripada kedudukan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Pada Jun lalu, kumpulan Undang yang dipertikaikan itu turut mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu dalam satu majlis di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka.
Perkembangan berkenaan mencetuskan pertikaian mengenai kedudukan institusi diraja Negeri Sembilan dan terus menjadi perhatian umum.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
Rakyat Malaysia disyaki dalang penipuan pelaburan pokok gaharu RM7.2 juta ditahan di Hong Kong
October 16, 2026, 4:44 pm
