Berita Berita
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
KUALA LUMPUR 16 Okt - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan penutupan sekolah secara berpanjangan akibat jerebu yang boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan kesihatan mental murid.
Seri Paduka Baginda turut menekankan kepentingan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak terus terjamin meskipun negara sedang berdepan kemerosotan kualiti udara.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, perkara itu antara yang dizahirkan Raja Permaisuri Agong ketika berkenan menerima beliau menghadap pada petang tadi.
Menurutnya, Seri Paduka Baginda menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan murid susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.
Katanya, perhatian khusus turut diberikan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berkemungkinan menghadapi kesukaran sekiranya penutupan sekolah berlarutan.
"Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan mengutamakan kesihatan anak-anak di samping memastikan kelangsungan pendidikan mereka terus terjamin, khususnya anak-anak daripada keluarga B40 yang mungkin berdepan kesukaran akibat penutupan sekolah.
"Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap implikasi penutupan sekolah yang berpanjangan kepada kesejahteraan emosi dan kesihatan mental anak-anak," katanya menerusi hantaran di media sosial.
Fadhlina berkata, beliau menjunjung kasih atas segala pandangan dan titah nasihat Raja Permaisuri Agong yang menjadi pedoman dalam menentukan keputusan berkaitan pengoperasian sekolah.
"Patik menjunjung kasih atas segala pandangan dan titah nasihat Seri Paduka Baginda. Keprihatinan Baginda menjadi pedoman dalam ikhtiar memastikan setiap keputusan berkaitan pengoperasian sekolah mengambil kira kesihatan dan masa depan pendidikan anak-anak secara menyeluruh," katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai detik bermakna apabila Raja Permaisuri Agong turut berkenan menitipkan ucapan selamat hari lahir kepadanya.
"Menjunjung kasih Tuanku atas ingatan yang amat patik hargai.
"Daulat Tuanku," katanya.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
Rakyat Malaysia disyaki dalang penipuan pelaburan pokok gaharu RM7.2 juta ditahan di Hong Kong
October 16, 2026, 4:44 pm
FashionValet terima pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah dan PNB pada 2018
October 16, 2026, 4:44 pm
