TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang

By
|
Kongsi
image

 

KUALA BERANG 17 Okt - Seorang wanita yang sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya dikejutkan dengan penemuan mayat bayi tanpa kepala dan sebelah tangan di dalam longkang di Kampung Padang Setengge, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada jam 6.52 petang.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat berkenaan, polis menghubungi Unit Forensik D10 dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi membantu siasatan serta mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian.

"Mayat bayi itu ditemukan oleh seorang wanita ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya. Ketika ditemukan, mayat berkenaan berada dalam keadaan tanpa kepala dan satu tangan.

"Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti jantina dan kewarganegaraan bayi berkenaan. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

+ - reset