Berita Berita
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
ALOR SETAR, 16 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melaksanakan langkah penambahbaikan bersepadu bagi mengurangkan masa menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra.
Tindakan berkenaan diambil susulan penyebaran beberapa hantaran serta video tular di media sosial membabitkan mutu penyampaian perkhidmatan dan dakwaan terhadap petugas kesihatan di hospital terbabit.
JKN Kedah menerusi satu kenyataan rasmi hari ini mengesahkan bahawa hasil semakan mendapati dakwaan anggota tidur ketika bertugas adalah tidak benar kerana petugas berkenaan sedang menjalankan fungsi tugas yang ditetapkan.
Rakaman video berasingan yang turut tular dikenal pasti sebagai video lama ketika sambutan perayaan Mac lalu yang dirakam selepas kakitangan terbabit selesai menjalankan tugas harian.
Mengulas mengenai kes pesakit zon hijau pada 9 Oktober lalu, individu terbabit dikesan telah meninggalkan jabatan berkenaan sebelum dipanggil menerima rawatan pada jam 8.36 pagi.
Penangguhan rawatan berlaku disebabkan keutamaan perubatan yang perlu diberikan terlebih dahulu kepada pesakit kritikal di zon merah serta kes separa kritikal di zon kuning. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
Rakyat Malaysia disyaki dalang penipuan pelaburan pokok gaharu RM7.2 juta ditahan di Hong Kong
October 16, 2026, 4:44 pm
FashionValet terima pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah dan PNB pada 2018
October 16, 2026, 4:44 pm
