Berita Berita
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
SEREMBAN 16 Okt - Bungkusan mencurigakan yang dihantar atau ditinggalkan di beberapa sekolah di Nilai dan Tampin sehingga mencetuskan sembilan laporan polis didapati hanya mengandungi tepung gandum dan pinggan plastik.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesahkan tiada sebarang bahan letupan atau bahan berbahaya ditemukan dalam bungkusan berkenaan.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya menerima lima laporan polis berhubung penemuan bungkusan mencurigakan di daerah Nilai, manakala empat lagi di Tampin.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan mempunyai persamaan dari segi bentuk bungkusan dan kandungannya.
"Bungkusan itu dilaporkan berada di kawasan sekolah untuk suatu tempoh sebelum pihak sekolah membuat laporan polis.
"Ia susulan nama penerima yang tertera pada bungkusan tidak hadir untuk mengambilnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Alzafny berkata, susulan penemuan bungkusan mencurigakan itu, pihak polis mendapatkan bantuan UPB bagi menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keselamatan kawasan sekolah terbabit.
"Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi tepung gandum dan pinggan plastik.
"Siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar atau meninggalkan bungkusan itu serta menentukan motif sebenar kejadian," katanya.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kejadian berkenaan mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
Rakyat Malaysia disyaki dalang penipuan pelaburan pokok gaharu RM7.2 juta ditahan di Hong Kong
October 16, 2026, 4:44 pm
FashionValet terima pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah dan PNB pada 2018
October 16, 2026, 4:44 pm
