Berita Berita
KPM serah kepada polis siasat penemuan bungkusan di beberapa sekolah
MELAKA 17 OKTOBER - Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan penemuan bungkusan misteri di beberapa sekolah di Negeri Sembilan semalam, kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, KPM mengambil pendekatan sentiasa berwaspada terhadap sebarang penemuan barang dalam keadaan mencurigakan di semua sekolah di seluruh negara.
“Jadi, kita mohon untuk semua pengetua, guru besar dan warga sekolah supaya berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia, apatah lagi dalam isu-isu yang membabitkan keselamatan sekolah.
“Sekali lagi, kita ucapkan terima kasih kepada PDRM yang memastikan keseluruhan aspek keselamatan itu diberi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertemuan Kelab Perempuan Membaca ‘Fadhlina Membaca’ bersama dengan Menteri Pendidikan di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan, pihaknya menerima sembilan laporan berhubung penemuan bungkusan mencurigakan di beberapa sekolah di Nilai dan Tampin.
Alzafny dilaporkan berkata hasil pemeriksaan mendapati semua kotak itu mengandungi tepung gandum dan pinggan plastik.
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:39 pm
Kerajaan percepat usaha sijil kematian rakyat Malaysia hilang di Nepal
October 18, 2026, 4:30 pm
Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 November palsu - MOF
October 18, 2026, 4:22 pm
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Perancis
October 18, 2026, 12:12 pm
Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza
October 18, 2026, 12:08 pm
Hujan lebat sejak semalam, 26 mangsa dipindahkan ke dua PPS
October 18, 2026, 11:52 am
Mangsa banjir terus meningkat di Perak, Pulau Pinang
October 18, 2026, 11:46 am
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
October 17, 2026, 6:41 pm
Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pengeluaran pas khas
October 17, 2026, 6:28 pm
