Berita Berita
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Perancis
KUALA LUMPUR 18 OKTOBER - Rakyat Malaysia dinasihat mempertimbangkan penangguhan perjalanan tidak penting ke Perancis susulan demonstrasi yang sedang berlangsung di beberapa bandar utama negara itu.
Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan demonstrasi berkenaan, namun setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terlibat atau terjejas.
Menurut kenyataannya hari ini, Kedutaan Besar Malaysia di Paris turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya meningkatkan langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada terhadap perkembangan keselamatan semasa.
Walaupun tiada sekatan perjalanan ke Perancis, rakyat Malaysia digalakkan menangguhkan urusan yang tidak mendesak sehingga keadaan kembali pulih.
Kedutaan Besar Malaysia di Paris juga kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan.
Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Perancis supaya memastikan pihak Kedutaan mempunyai maklumat perhubungan terkini mereka bagi memudahkan komunikasi ketika kecemasan.
Mereka yang masih belum berdaftar dengan Kedutaan digalakkan berbuat demikian menerusi platform e-Konsular bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan.
Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Perancis juga digalakkan mendaftarkan butiran perjalanan masing-masing melalui platform sama, selain mengikuti perkembangan terkini daripada Kedutaan dan pihak berkuasa Perancis.
Bagi mendapatkan bantuan konsular segera, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris menerusi talian +33 1 45 53 11 85 atau talian kecemasan selepas waktu pejabat di +33 6 32 44 65 71.
Sebarang pertanyaan dan permohonan bantuan turut boleh dikemukakan melalui e-mel par.consular@kln.gov.my, manakala Wisma Putra akan terus memantau keadaan dan menyalurkan maklumat lanjut sekiranya perlu.
Perancis mempunyai sejarah demonstrasi besar-besaran termasuk gerakan Yellow Vests atau Jaket Kuning yang tercetus pada 2018 susulan bantahan terhadap kenaikan harga bahan api dan tekanan kos sara hidup.
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:39 pm
Kerajaan percepat usaha sijil kematian rakyat Malaysia hilang di Nepal
October 18, 2026, 4:30 pm
Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 November palsu - MOF
October 18, 2026, 12:12 pm
Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza
October 18, 2026, 12:08 pm
Hujan lebat sejak semalam, 26 mangsa dipindahkan ke dua PPS
October 18, 2026, 11:52 am
Mangsa banjir terus meningkat di Perak, Pulau Pinang
October 18, 2026, 11:46 am
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
October 17, 2026, 6:41 pm
Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pengeluaran pas khas
October 17, 2026, 6:28 pm
Kerajaan rancang hukuman lebih berat terhadap penjenayah curi kabel
October 17, 2026, 2:11 pm
