Berita Berita
Kerajaan percepat usaha sijil kematian rakyat Malaysia hilang di Nepal
AYER KEROH 18 OKTOBER - Kementerian Luar akan menyegerakan urusan mendapatkan sijil kematian bagi 54 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Nepal bagi membolehkan waris mereka membuat tuntutan bank, insurans dan urusan berkaitan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya sedang berurusan dengan Kerajaan Nepal bagi mencari penyelesaian segera berikutan kekangan undang-undang negara itu untuk mengeluarkan sijil kematian bagi individu yang hilang dan tidak dapat dikesan.
Beliau berkata, undang-undang sedia ada di Nepal hanya membenarkan pengeluaran sijil kematian, manakala kes kehilangan individu yang tidak dapat disahkan memerlukan tempoh lebih panjang, iaitu sehingga tiga tahun.
“Jadi, kita sedang berurusan dengan negara Nepal. Kedutaan kita juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa negara itu bagi mendapatkan perkembangan terkini.
“Maklumat terakhir yang kita terima, termasuk ketika duta Nepal datang ke pejabat saya minggu lalu ialah kerajaan negara itu sedang berusaha meminda undang-undang berkenaan dan sudah membentangkannya di Parlimen mereka,” katanya selepas menutup Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Ke-10 di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pertubuhan Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH) memohon kerajaan dan semua pihak berkepentingan menyalurkan bantuan kewangan segera kepada 54 keluarga rakyat Malaysia yang hilang susulan tragedi banjir di Nepal.
Bantuan itu penting bagi membantu keluarga berkenaan menampung perbelanjaan asas, termasuk bil isi rumah, kos pendidikan, perubatan dan komitmen kewangan lain sementara menunggu perkembangan nasib mangsa bencana terbabit.
Mohamad berkata, sekiranya pindaan undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, Kerajaan Nepal dijangka mempertimbangkan peruntukan khas bagi membolehkan sijil kematian untuk 54 rakyat Malaysia terbabit dikeluarkan dengan segera.
Katanya, langkah itu penting bagi membantu keluarga mangsa menyelesaikan pelbagai urusan pentadbiran dan kewangan yang memerlukan dokumen pengesahan kematian.
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:30 pm
Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 November palsu - MOF
October 18, 2026, 4:22 pm
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Perancis
October 18, 2026, 12:12 pm
Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza
October 18, 2026, 12:08 pm
Hujan lebat sejak semalam, 26 mangsa dipindahkan ke dua PPS
October 18, 2026, 11:52 am
Mangsa banjir terus meningkat di Perak, Pulau Pinang
October 18, 2026, 11:46 am
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
October 17, 2026, 6:41 pm
Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pengeluaran pas khas
October 17, 2026, 6:28 pm
Kerajaan rancang hukuman lebih berat terhadap penjenayah curi kabel
October 17, 2026, 2:11 pm
