TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 OKTOBER - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa yang ditampilkan pada Konsert Tradisional Gema Bumantara, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan produksi atas kejayaan konsert berkenaan.

"Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.

"Walaupun hujan, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Datuk Seri Siti, hebat juga semangat peminatnya. Tahniah kepada Datuk Seri Siti dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya seni dan budaya amat dekat di hati rakyat dan mahu warisan itu terus dihidupkan agar turut dinikmati dan dicintai generasi muda.

"Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara," kata beliau.

Konsert Tradisional Gema Bumantara anjuran SN Legacy yang berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berjaya menarik kehadiran 63,000 penonton walaupun berlangsung dalam suasana hujan.

+ - reset