Berita Berita
Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pengeluaran pas khas
KUALA LUMPUR 17 OKTOBER - Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) akan menyiasat dakwaan penyelewengan dalam urusan pengeluaran pas khas yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen Kuala Lumpur.
Pengarahnya, Datuk Hamsha Injau berkata, siasatan akan dijalankan Bahagian Integriti JIM WPKL bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku, termasuk penyalahgunaan kuasa dalam urusan pengeluaran pas khas.
“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Hamsha menasihatkan orang ramai supaya berurusan melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dan tidak menggunakan khidmat orang tengah yang tidak diberi kuasa.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan dakwaan penyalahgunaan kemudahan pas khas yang sepatutnya membantu warga asing berdepan kecemasan atau urusan mendesak.
Kemudahan itu didakwa disalahgunakan secara sistematik bagi membolehkan warga asing melanjutkan tempoh keberadaan mereka di Malaysia.
Laporan berkenaan turut mendakwa kegiatan itu membabitkan orang tengah tempatan yang menguruskan permohonan, mengumpul pasport pemohon serta menghantar gambar mereka kepada pegawai imigresen menerusi aplikasi pesanan untuk mendapatkan pengesahan awal.
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:39 pm
Kerajaan percepat usaha sijil kematian rakyat Malaysia hilang di Nepal
October 18, 2026, 4:30 pm
Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 November palsu - MOF
October 18, 2026, 4:22 pm
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Perancis
October 18, 2026, 12:12 pm
Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza
October 18, 2026, 12:08 pm
Hujan lebat sejak semalam, 26 mangsa dipindahkan ke dua PPS
October 18, 2026, 11:52 am
Mangsa banjir terus meningkat di Perak, Pulau Pinang
October 18, 2026, 11:46 am
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
October 17, 2026, 6:28 pm
Kerajaan rancang hukuman lebih berat terhadap penjenayah curi kabel
October 17, 2026, 2:11 pm
