Berita Berita
Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 November palsu - MOF
PUTRAJAYA 18 OKTOBER - Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 Nov ini seperti yang tular menerusi satu poster.
Menerusi hantaran di Facebook, MOF memaklumkan poster yang tular itu adalah palsu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 Nov 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.
"MOF ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan," menurut MOF.
Sehubungan dengan itu, kementerian itu menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi MOF sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
Terdahulu, poster berkenaan tular melalui platform Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial.
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:39 pm
Kerajaan percepat usaha sijil kematian rakyat Malaysia hilang di Nepal
October 18, 2026, 4:22 pm
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Perancis
October 18, 2026, 12:12 pm
Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza
October 18, 2026, 12:08 pm
Hujan lebat sejak semalam, 26 mangsa dipindahkan ke dua PPS
October 18, 2026, 11:52 am
Mangsa banjir terus meningkat di Perak, Pulau Pinang
October 18, 2026, 11:46 am
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
October 17, 2026, 6:41 pm
Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pengeluaran pas khas
October 17, 2026, 6:28 pm
Kerajaan rancang hukuman lebih berat terhadap penjenayah curi kabel
October 17, 2026, 2:11 pm
