Berita Berita
Hujan lebat sejak semalam, 26 mangsa dipindahkan ke dua PPS
KUANTAN 18 OKTOBER - Seramai 26 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, kedua-dua PPS berkenaan dibuka di Balai Raya Kampung Baru Cheroh dan Balai Raya Sempam Baru sejak jam 7.30 malam tadi.
Katanya, setakat jam 12.16 tengah malam, lapan rumah dilaporkan terjejas di Kampung Cheroh, manakala tiga lagi di Kampung Sempam Baru.
“Daripada jumlah itu, lapan rumah terjejas di Kampung Cheroh, manakala tiga lagi di Kampung Sempam Baru,” menurut kenyataan itu, hari ini.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat, memasang kubikel serta mengagihkan kit makanan kepada mangsa.
Operasi berkenaan turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Berita berkaitan
October 18, 2026, 4:39 pm
Kerajaan percepat usaha sijil kematian rakyat Malaysia hilang di Nepal
October 18, 2026, 4:30 pm
Poster dakwaan caj perkhidmatan QR mulai 1 November palsu - MOF
October 18, 2026, 4:22 pm
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Perancis
October 18, 2026, 12:12 pm
Anwar ucap tahniah persembahan konsert istimewa Siti Nurhaliza
October 18, 2026, 11:52 am
Mangsa banjir terus meningkat di Perak, Pulau Pinang
October 18, 2026, 11:46 am
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
October 17, 2026, 6:41 pm
Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pengeluaran pas khas
October 17, 2026, 6:28 pm
Kerajaan rancang hukuman lebih berat terhadap penjenayah curi kabel
October 17, 2026, 2:11 pm
