TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan

By
|
Kongsi
image

RANAU 18 OKTOBER - Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang menggesa supaya semua kedai milik warga Pakistan di Ranau dan seluruh Malaysia dibakar sehingga menimbulkan kegusaran awam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, hantaran berbaur provokasi itu dikesan di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menerusi satu akaun Facebook dikenali sebagai Berita Harian Ranau, pada Sabtu.

Katanya, polis sempat mengambil tangkap layar hantaran berkenaan sebelum ia dipadamkan.

“Penyebaran hantaran seumpama itu mencetuskan ketakutan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mursalin berkata, polis memandang serius perkara berkenaan dan menasihatkan pengendali serta pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan platform komunikasi sehingga melanggar undang-undang.

+ - reset