Berita Jenayah
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
KUALA LUMPUR, 19 Okt. – Polis menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sekitar kawasan Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin memaklumkan bahawa tangkapan dibuat susulan laporan kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam di Jalan Bukit Bintang.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 23 hingga 32 tahun terbabit didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau serta kesalahan berkaitan dadah.
Menerusi serbuan berkenaan, pihak polis menyita dua buah motosikal, sehelai seluar jeans, serta sepasang selipar bagi membantu proses siasatan.
Penahanan suspek berjaya menyelesaikan tiga lagi kes kecurian kenderaan di sekitar daerah Dang Wangi yang disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Kesemua suspek dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman, manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur atau mana-mana balai berhampiran. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
