TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gelandangan dipenjara 10 bulan pukul warga emas guna tin gam di Segamat

By
|
Kongsi
image

SEGAMAT, 19 Okt. – Seorang gelandangan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun Khamis lalu.

Majistret Nor Fadilah Johanuddin menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh, Jainudi Abdullah, 47, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di dahi mangsa menggunakan sebuah tin gam di hadapan premis barangan elektrik di Kampung Abdullah.

Siasatan mendapati insiden berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari pada 15 Oktober lalu apabila tertuduh berang selepas ditegur mangsa supaya tidak membuat bising di kawasan berkenaan.

Semakan pihak polis mendapati tertuduh yang tidak diwakili peguam itu mempunyai 33 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah serta dadah.

Pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya menahan tertuduh selain menyita sebuah tin gam, sehelai baju, dan sehelai seluar jeans bagi membantu proses siasatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ain Balqis Mohd Hilmi mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

+ - reset