Berita Berita
'Untuk saya berundur, tidak sama sekali', - Akmal Saleh
MELAKA, 19 Okt. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam kes saman fitnah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan menerusi hantaran di laman Facebook beliau menyatakan pendirian untuk kekal bertanding dan meneruskan kempen.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Akmal membayar ganti rugi am sebanyak RM250,000 serta kos bernilai RM50,000 kepada Teresa susulan saman yang difailkan pada 25 Oktober 2024.
Teresa memfailkan tindakan undang-undang terbabit berikutan kenyataan video yang dimuat naik Akmal di aplikasi TikTok pada 7 September 2024 yang didakwa merendahkan serta menghina dirinya berkaitan isu pensijilan halal.
Meskipun keputusan sivil berkenaan tidak memihak kepada Akmal, ia tidak menjejaskan kelayakan beliau secara automatik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini memandangkan ia bukan melibatkan sabitan jenayah.
Pada prosiding berkenaan, Teresa diwakili peguam Datuk Sankara Nair manakala Akmal diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 8:33 pm
Timor-Leste, MY Events International jalin kerjasama anjur Forum Perniagaan ASEAN pertama November ini
October 19, 2026, 8:18 pm
RM25.8 juta perkasa pendidikan murid India, termasuk tuisyen percuma untuk B40 - Fadhlina
October 19, 2026, 7:24 pm
Nga Kor Ming tak kisah digelar 'Menteri Tandas'
October 19, 2026, 7:20 pm
Dua individu selamat, rumah dihempap pokok durian di Bayan Lepas
October 19, 2026, 7:11 pm
Lelaki dicekup lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh
October 19, 2026, 5:48 pm
Teresa Kok menang saman fitnah, Akmal Saleh diperintah bayar RM250,000
October 19, 2026, 3:57 pm
