Berita Berita
Nga Kor Ming tak kisah digelar 'Menteri Tandas'
KUALA LUMPUR, 19 Okt. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengucapkan syabas kepada Petron Malaysia susulan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian bilangan tandas stesen minyak bertaraf empat dan lima bintang terbanyak di negara ini.
Nga Kor Ming menerusi hantaran di media sosial menegaskan bahawa gelaran atau sindiran sebagai "Menteri Tandas" tidak menjadi persoalan baginya asalkan rakyat serta pengguna jalan raya dapat menikmati kemudahan yang bersih, wangi, dan selesa.
Beliau memaklumkan bahawa sebanyak 86 peratus daripada keseluruhan stesen minyak Petron telah memperoleh penarafan terbaharu berkenaan sepanjang tempoh penilaian MBOR pada tahun 2025.
Pencapaian terbaharu itu kini meningkat kepada 91 peratus daripada keseluruhan lebih 830 stesen minyak Petron di seluruh negara.
Sementara itu, pihak Petron menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa usaha meningkatkan standard kebersihan tandas telah bermula sejak tahun 2018 menerusi kempen "Tandas Kita Bersih".
Inisiatif berkenaan digerakkan bersama oleh para pengusaha dan pekerja stesen minyak Petron bagi mengekalkan tahap kebersihan serta penyelenggaraan kemudahan awam demi keselesaan setiap pelanggan.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 8:33 pm
Timor-Leste, MY Events International jalin kerjasama anjur Forum Perniagaan ASEAN pertama November ini
October 19, 2026, 8:18 pm
RM25.8 juta perkasa pendidikan murid India, termasuk tuisyen percuma untuk B40 - Fadhlina
October 19, 2026, 7:20 pm
Dua individu selamat, rumah dihempap pokok durian di Bayan Lepas
October 19, 2026, 7:17 pm
'Untuk saya berundur, tidak sama sekali', - Akmal Saleh
October 19, 2026, 7:11 pm
Lelaki dicekup lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh
October 19, 2026, 5:48 pm
Teresa Kok menang saman fitnah, Akmal Saleh diperintah bayar RM250,000
October 19, 2026, 3:57 pm
