TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dicekup lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh

By
|
Kongsi
image

PASIR PUTEH, 19 Okt. – Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan sepasukan anggota polis pagi tadi selepas dipercayai melakukan perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob memaklumkan bahawa penahanan suspek dibuat susulan penularan satu rakaman video berdurasi 55 saat di media sosial.

Semakan pihak polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah serta pecah rumah.

Lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Puteh esok bagi prosiding permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan semula video terbabit bagi mengelakkan penularan kandungan tidak wajar serta mengganggu proses siasatan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset