Berita Berita
Video tular Rohingya cabar orang Melayu, polis tahan 13 inividu termasuk remaja 16 tahun kes baling bom petrol
JOHOR BAHRU 19 Okt - Seorang remaja berusia 16 tahun antara 13 lelaki tempatan yang ditahan polis bagi membantu siasatan kejadian balingan bom petrol di penempatan komuniti Rohingya di Kulai Besar, Kulai, minggu lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek diberkas dalam operasi memburu yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bermula 14 Oktober hingga semalam.
Menurutnya, semua suspek ditahan di sekitar Johor Bahru, manakala semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai keseluruhan 12 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
“Polis turut merampas 13 telefon bimbit, tiga pasang pakaian dan tiga topi besbol daripada semua suspek. Empat suspek direman selama lapan hari termasuk reman lanjutan bermula 14 hingga 21 Oktober manakala empat lagi direman selama tujuh hari termasuk reman lanjutan dari 15 hingga 21 Oktober ini.
“Seorang lagi suspek direman selama lima hari bermula 15 hingga 20 Oktober, sementara empat suspek selebihnya direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Ab Rahaman menegaskan, siasatan akan dijalankan secara telus dan adil tanpa mengambil kira kedudukan atau status mana-mana individu yang terbabit.
Beliau turut memberi jaminan bahawa Polis Johor tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan jenayah yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat di negeri itu.
Terdahulu, polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian balingan bom molotov yang dipercayai menyebabkan kebakaran kecil pada pagar beberapa rumah di penempatan komuniti Rohingya di Kulai Besar pada 13 Oktober lalu.
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.
Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan dan tiada kecederaan atau kerosakan lain dilaporkan.
Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati terhadap dua rakaman video yang tular di Facebook.
Video berkenaan memaparkan sekumpulan individu dipercayai warga Rohingya yang didakwa mencabar orang Melayu supaya datang ke kawasan Kulai.
Bagaimanapun, kemungkinan motif itu masih tertakluk kepada siasatan polis.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 8:33 pm
Timor-Leste, MY Events International jalin kerjasama anjur Forum Perniagaan ASEAN pertama November ini
October 19, 2026, 8:18 pm
RM25.8 juta perkasa pendidikan murid India, termasuk tuisyen percuma untuk B40 - Fadhlina
October 19, 2026, 7:24 pm
Nga Kor Ming tak kisah digelar 'Menteri Tandas'
October 19, 2026, 7:20 pm
Dua individu selamat, rumah dihempap pokok durian di Bayan Lepas
October 19, 2026, 7:17 pm
'Untuk saya berundur, tidak sama sekali', - Akmal Saleh
October 19, 2026, 7:11 pm
Lelaki dicekup lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh
October 19, 2026, 5:48 pm
Teresa Kok menang saman fitnah, Akmal Saleh diperintah bayar RM250,000
October 19, 2026, 3:57 pm
