Berita Berita
Dua individu selamat, rumah dihempap pokok durian di Bayan Lepas
GEORGE TOWN, 19 Okt. – Penghuni di dua buah rumah di Kampung Bukit, Bayan Lepas dilaporkan terselamat selepas kediaman mereka dihempap pokok durian yang tumbang dalam kejadian petang tadi.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan bahawa mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang wanita berusia 35 tahun berada dalam keadaan stabil.
Insiden berkenaan melibatkan tiga batang pokok termasuk pokok durian yang tumbang lalu menghempap tiga buah rumah, namun komander operasi melaporkan tiada sebarang kecederaan atau mangsa terperangkap.
Operasi pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
Selepas memastikan lokasi kejadian berada dalam keadaan selamat, kawasan berkenaan diserahkan kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 petang. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 19, 2026, 8:33 pm
Timor-Leste, MY Events International jalin kerjasama anjur Forum Perniagaan ASEAN pertama November ini
October 19, 2026, 8:18 pm
RM25.8 juta perkasa pendidikan murid India, termasuk tuisyen percuma untuk B40 - Fadhlina
October 19, 2026, 7:24 pm
Nga Kor Ming tak kisah digelar 'Menteri Tandas'
October 19, 2026, 7:17 pm
'Untuk saya berundur, tidak sama sekali', - Akmal Saleh
October 19, 2026, 7:11 pm
Lelaki dicekup lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh
October 19, 2026, 5:48 pm
Teresa Kok menang saman fitnah, Akmal Saleh diperintah bayar RM250,000
October 19, 2026, 3:57 pm
