Berita Berita
Teresa Kok menang saman fitnah, Akmal Saleh diperintah bayar RM250,000
KUALA LUMPUR 19 Okt - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 selepas Mahkamah Tinggi memutuskan veteran DAP, Teresa Kok menang dalam saman fitnah yang difailkan terhadapnya.
Jumlah berkenaan merangkumi ganti rugi am dan ganti rugi teruk yang dianugerahkan mahkamah kepada Teresa.
Peguam Teresa, Datuk Sankara Nair dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat Hakim Isa Aziz Ibrahim yang turut membenarkan perintah injunksi terhadap Muhamad Akmal.
Menurutnya, injunksi berkenaan bertujuan menghalang Muhamad Akmal daripada terus mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap anak guamnya.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Muhamad Akmal memadamkan kenyataan yang dipertikaikan dalam saman berkenaan daripada semua platform media sosial.
Sankara berkata, Muhamad Akmal juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Teresa.
Keputusan itu menjadikan jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos yang diperintahkan mahkamah sebanyak RM300,000.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 8:33 pm
Timor-Leste, MY Events International jalin kerjasama anjur Forum Perniagaan ASEAN pertama November ini
October 19, 2026, 8:18 pm
RM25.8 juta perkasa pendidikan murid India, termasuk tuisyen percuma untuk B40 - Fadhlina
October 19, 2026, 7:24 pm
Nga Kor Ming tak kisah digelar 'Menteri Tandas'
October 19, 2026, 7:20 pm
Dua individu selamat, rumah dihempap pokok durian di Bayan Lepas
October 19, 2026, 7:17 pm
'Untuk saya berundur, tidak sama sekali', - Akmal Saleh
October 19, 2026, 7:11 pm
Lelaki dicekup lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh
October 19, 2026, 3:57 pm
