Berita Berita
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
SEREMBAN, 20 Okt. – Suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, yang ditemukan maut di kuarters kakitangan kerajaan di Nilai pada 15 Oktober lalu didapati mempunyai 16 rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya memaklumkan bahawa semakan mendapati 10 daripada rekod berkenaan melibatkan kesalahan narkotik manakala enam lagi berkaitan pecah rumah, curi, serta memiliki barang curi.
Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek berusia 30-an itu bagaimanapun didapati negatif dadah.
Seramai 18 individu telah dipanggil bagi merakam keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan pada Rabu ini untuk tindakan susulan.
Siasatan mendapati tiada laporan polis pernah dibuat berhubung masalah rumah tangga pasangan berkenaan sebelum kejadian yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham selepas mangsa menyatakan hasrat untuk bercerai.
Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat tekanan pada leher selain mengalami kesan tikaman pada tepi perut dan pipi.
Suspek yang merupakan bekas kru pengurusan acara dan mendirikan rumah tangga bersama mangsa selama tujuh tahun kini direman sehingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:00 pm
