Berita Berita
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
KUALA LUMPUR 20 Okt - Kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi navigasi tempatan, TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif kepada Waze susulan kebimbangan terhadap risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu dibuat memandangkan aplikasi Waze terikat di bawah undang-undang kerajaan Israel yang menimbulkan persoalan mengenai perlindungan data pengguna.
Menurutnya, perkara berkenaan antara isu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3/2026, hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat itu turut meneliti perkembangan ancaman siber semasa serta langkah memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.
“Turut dibincangkan ialah pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, persediaan menghadapi ancaman komputer kuantum melalui kriptografi pasca-kuantum (PQC), ancaman baharu berasaskan kecerdasan buatan autonomi serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan data dan identiti rakyat. Justeru, kerajaan memperkukuh ekosistem identiti bersepadu dengan MyKad sebagai kredensial fizikal dan MyDigital ID bagi urusan digital, disokong perlindungan siber yang lebih ampuh termasuk persediaan menghadapi ancaman masa hadapan melalui PQC,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan usaha pendigitalan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara selamat dan terus memberi manfaat kepada rakyat.
Tegasnya, aspek keselamatan, kepercayaan pengguna serta kedaulatan negara perlu kekal menjadi keutamaan seiring perkembangan teknologi dan peningkatan ancaman keselamatan siber.
Berita berkaitan
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
