Berita Berita
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
TASEK GELUGOR 20 Okt - Seorang pengasuh ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi lelaki berusia 10 bulan ketika berada dalam jagaannya di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, wanita berusia 25 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, ibu mangsa dikatakan menghantar bayi itu ke rumah pengasuh berkenaan pada awal pagi sebelum wanita itu mendapati mangsa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya kira-kira jam 9.50 pagi.
Pengasuh itu kemudian membawa bayi berkenaan ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, bayi itu dipercayai meninggal dunia sebelum tiba di klinik berkenaan.
Pemeriksaan fizikal awal terhadap mangsa juga tidak menemukan sebarang kesan lebam pada tubuhnya.
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
