TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun

By
|
Kongsi
image

 

BATU PAHAT 20 Okt - Seorang jurulatih kecergasan yang juga pemilik gimnasium direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang merupakan rakan kepada anaknya.

Suspek berusia 48 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dalam keadaan bertongkat akibat kecederaan pada kaki kanan susulan kemalangan tujuh tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki terbabit dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman.

Berdasarkan laporan polis, mangsa merupakan rakan kepada anak perempuan suspek yang berusia tujuh tahun.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada 17 Oktober lalu selepas suspek membawa mangsa bersama anaknya keluar untuk makan.

Selepas selesai makan, mangsa dikatakan bermain bersama anak suspek di rumah lelaki berkenaan sebelum diminta masuk ke bilik untuk mandi.

Bagaimanapun, suspek dipercayai masuk ke bilik air secara tiba-tiba sebelum didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Perbuatan berkenaan terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian yang dialaminya kepada ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

+ - reset