Berita Berita
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
KUALA LUMPUR 20 Okt - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memastikan kebajikan keluarga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil yang meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di sekolah, semalam, diberikan perhatian sewajarnya.
Beliau berkata, JPN Selangor juga diminta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan berhubung kejadian yang meragut nyawa Damiya Nur Mikayla, tujuh tahun.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu dipercayai tercekik makanan sehingga mengalami kesukaran bernafas ketika berada di sekolah.
Katanya, guru yang berada di lokasi kejadian sudah berusaha memberikan bantuan awal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya, namun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.
“Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian adik Damiya Nur Mikayla, murid Tahun Satu SK Dengkil yang baru berusia tujuh tahun.
“Hati saya cukup tersentuh apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa adik Damiya semalam.
“Saya tidak dapat membayangkan betapa beratnya kehilangan ini buat kedua-dua ibu bapa dan seluruh keluarga. Tiada kata yang mampu mengubat kesedihan apabila anakanda yang disayangi pergi buat selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Fadhlina turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan.
“Ingatan dan doa saya bersama keluarga adik Damiya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga,” katanya.
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
