Berita Berita
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
KUALA LUMPUR 20 Okt - "Perubahan untuk memperbaiki sempadan Malaysia mempunyai harga dan harga itu adalah diri saya.”
Itu luahan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelang prosiding pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Majistret Sepang, esok.
Beliau berkata, dirinya bersedia menghadapi proses perundangan negara dan menghormati apa juga keputusan yang bakal dibuat mahkamah berhubung kes mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 28 September lalu.
“Esok saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara.
“Saya reda dan menghormati apa juga keputusan dan akan hadir mahkamah,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Shuhaily turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan kepadanya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan dalam mempermudahkan saya menjalankan tugas,” katanya.
Beliau mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai proses pertuduhan yang dijadual berlangsung di Mahkamah Majistret Sepang, pagi esok.
Mohd Shuhaily bakal berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.
Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
